Najib, Menteri Kabinet Ucap Takziah Kematian Ibu Salleh Keruak - Semasa | mStar

Najib, Menteri Kabinet Ucap Takziah Kematian Ibu Salleh Keruak

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat menyampaikan ucapan takziah kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak di atas kematian ibu beliau, Toh Puan Hajah Bandong Hasbollah.

"Takziah @sallehsaid atas pemergian bonda tercinta, Toh Puan Hajah Bandung Hasbollah. Moga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat. Al-Fatihah," katanya dalam catatan di laman Twitter beliau pada Jumaat.

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut mengucapkan takziah menerusi laman Twitter beliau dengan catatan: "Salam takziah dari saya dan keluarga buat DS @sallehsaid atas pemergian ibu tercinta, Allahyarhamah Toh Puan Hajjah Bandung Hasbollah. AL FATIHAH."

Turut berkongsi kesedihan atas pemergian ibu Salleh di laman Twitter ialah Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

"Al-Fatihah - Takziah saya ucapkan kpd @sallehsaid sekeluarga kembalinya ke Rahmatullah bonda tersayang," katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said turut mengucapkan takziah di laman Twitter beliau.

"Salam takziah @sallehsaid dan keluarga atas pemergian bonda tercinta. Al-Fatihah," katanya.

Sementara itu, para perwakilan ke Perhimpunan Agung UMNO 2016 turut mengucapkan takziah atas kematian ibu Salleh dan menghadiahkan surah al-Fatihah buat Allahyarham ketika sesi perbahasan ucapan dasar Presiden sedang berlangsung di sini.

Bandong, 85, meninggal dunia kira-kira jam 6.55 pagi Jumaat di Hospital KPJ Kota Kinabalu, Sabah kerana sakit tua.

Menurut cucunya Syarulnizam Salleh, kesemua anak dan cucunya berada di sisinya sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhir. - BERNAMA

Najib Tun Razak , Salleh Said Keruak

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain