suria

Ustaz Kazim Mahu Berehat

BUKIT GANTANG: Pendakwah bebas terkenal Datuk Mohd Kazim Elias tidak akan menerima sebarang jemputan ceramah sepanjang Januari tahun depan untuk berehat kerana masalah kesihatan.

"Saya akan menghabiskan kontrak (sedia ada) dengan syarikat televisyen dan jadual ceramah yang telah disusun sehingga akhir Disember tahun ini," katanya dalam ceramah perdana di Padang Awam Taman Kaya di sini malam Rabu.

Ceramah itu diadakan sempena Program Pemukiman Menteri Besar Perak bagi Parlimen Bukit Gantang dan Taiping yang bermula semalam sehingga Sabtu ini.

Lebih mesra disapa sebagai Ustaz Kazim, katanya selain ceramah jemputan, beliau turut mengadakan ceramah pada Sabtu dan Ahad di Pusat Pendidikan Al-Barakah di Manjoi.

"Saya berjumpa antara 200,000 hingga 350,000 orang ramai dalam sebulan menerusi ceramah yang diadakan.

"Kalau saya berehat saya berbangga kerana berjaya mendidik anak murid khatam 30 juzuk al-Quran dan melahirkan ramai pendakwah," katanya yang menjadi penceramah sejak 25 tahun lalu.

Awal bulan ini Ustaz Kazim dimasukkan ke sebuah hospital swasta di sini kerana ulser dan pendarahan usus. - BERNAMA

Ustaz Kazim Elias

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain