suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak Lelaki Maut Makan Ubat Darah Tinggi Nenek

Li Xin Jie
PETALING JAYA: Seorang budak lelaki berusia empat tahun maut selepas makan ubat penyakit darah tinggi milik neneknya, lapor akhbar utama bahasa Cina.

Ahli keluarga Li Xin Jie merasakan sesuatu tidak kena apabila kanak-kanak itu muntah-muntah dalam kejadian yang berlaku di rumah mereka di Kampung Simpang Durian, Negeri Sembilan pada Jumaat, lapor Sin Chew Daily.

Mereka segera membuat pemeriksaan dengan kanak-kanak itu dan diberitahu bahawa dia telah mengambil ubat tersebut.

Neneknya pula mendapati beberapa pilnya telah hilang sebelum mangsa dikejarkan ke Hospital Kuala Pilah.

Bagaimanapun, anak sulung daripada tiga beradik itu meninggal dunia pada hari berikutnya.

ubat darah tinggi, Li Xin Jie

Artikel Berikut

Artikel Lain