suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ronnie Liu Pulih Selepas Pengsan Di Lokap

Ronnie Liu

PETALING JAYA: Kesihatan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pandamaran, Ronnie Liu kini semakin baik selepas menerima rawatan susulan insiden rebah di dalam lokap polis pada Jumaat lalu, kata Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng.

Liu ditahan polis pada Jumaat bersama beberapa individu lain menjelang perhimpunan Bersih 5 dan beliau telah dibawa ke Balai Polis Jinjang.

Lim berkata ketiadaan ubat untuk tekanan darah tinggi menyebabkan Liu pengsan.

Lim memberitahu The Star Online pada Ahad bahawa Liu telah dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur bagi menerima rawatan.

"Kesihatannya bertambah baik dan beliau dihantar semula ke lokap Jinjang kira-kira pukul 9.45 pagi Sabtu," kata Lim.

Ronnie Liu, Bersih 5

Artikel Lain