Wanita Maut, Dua Parah Kereta Terjunam Dalam Gaung - Semasa | mStar

Wanita Maut, Dua Parah Kereta Terjunam Dalam Gaung

KUALA LUMPUR: Seorang wanita maut manakala dua lagi cedera parah apabila kereta Perodua Viva dinaiki terjunam ke dalam gaung di Kilometer 422.1 Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke utara di Hulu Selangor, petang Khamis.

Dalam kejadian kira-kira 3.15 petang itu, Loh Chiew Geok, 53, meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat tercampak keluar daripada kenderaan tersebut.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt R. Supramaniam berkata pemandu kereta itu Hew Boon Siang, 29, dan seorang penumpang wanita Lan Ying Ying dari China pula cedera parah.

"Daripada siasatan awal, mereka datang dari arah Kuala Lumpur menghala ke Ipoh dan dipercayai hilang kawalan menyebabkan kereta dipandu terbabas ke longkang di sebelah kiri jalan.

"Kereta berkenaan kemudian menjunam ke bawah cerun menyebabkan Chiew Geok terpelanting keluar dan disahkan maut di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan di sini Rabu.

Supramaniam berkata kesemua mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
terjun gaung , R. Supramaniam

Artikel Sebelum

Tun M Mungkin Tidak Sertai Bersih

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Bapa Maut, Anak Cedera Lori Terjun Gaung

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain

Spurs pecat Pochettino!