suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Buaya Berkeliaran Depan Pusat Beli-Belah Ditangkap

KOTA KINABALU: Seekor buaya sepanjang dua meter ditangkap selepas berkeliaran di depan pusat beli-belah Karamunsing di sini pada awal Sabtu.

Kejadian itu pada mulanya disedari oleh seorang pejalan kaki yang menyangka reptilia itu merupakan biawak gergasi.

Namun selepas mendapati haiwan tersebut merupakan seekor buaya, lelaki berkenaan menghubungi Jabatan Pertahana Awam (JPAM) untuk tindakan lanjut.

Pengarah JPAM Sabah, Kolonel Mulliadi Al Hamdi Ladin berkata, mereka dimaklumkan tentang penemuan buaya tersebut kira-kira pukul 2 pagi dan berjaya menangkap reptilia itu hanya dalam tempoh tiga minit.

"Buaya seberat 55 kilogram itu yang dipercayai dari kawasan pembentungan hujan, agak agresif," katanya.

Buaya itu dibawa ke pejabat JPAM sebelum diserahkan kepada jabatan hidupan liar.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Buaya, JPAM

Artikel Berikut

Artikel Lain