suria

Kilang Kimia Di Menglembu Meletup

IPOH: Satu letupan di sebuah kilang kimia memproses produk klor-alkali mengejutkan penduduk berhampiran dengan bau asap kimia kurang menyenangkan di Kampung Baru Bukit Merah di Menglembu pada Sabtu.

Insiden berlaku kira-kira pukul 10 pagi ketika penduduk dan pekerja di kilang itu terdengar bunyi letupan kuat dan disusuli bau asap kimia yang kuat.

Pekerja kilang terbabit dipindahkan tetapi tiada laporan kebakaran di lokasi kejadian selepas insiden letupan itu.

Beberapa penduduk berkata mereka mengalami gatal di bahagian kerongkong dan batuk selain rasa panas di leher mereka.

Jabatan Bomba dan Penyelamat menghantar dua jentera ke lokasi kejadian untuk operasi pembersihan yang masih dijalankan selepas tengah hari.

Empat pekerja kilang dilaporkan cedera dan dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Syarikat tersebut mengeluarkan produk bahan kimia seperti natrium hidroksida, asid hidroklorik dan klorida.

kilang kimia, Menglembu, letupan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Tiada Ancaman IS Di P.Pinang

Artikel Lain