suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Darussyifa’ Anjur Majlis Tahlil, Bacaan Yasin Untuk Haron Din

Kira-kira 1,000 penduduk Perlis termasuk Pesuruhjaya PAS Perlis Mohd Shukri Ramli menghadiri majlis tersebut yang diadakan sebaik selesai solat maghrib.
 - fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa') menganjurkan majlis bacaan Yasin dan tahlil untuk  Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din yang meninggal dunia pada Jumaat.

Majlis berkenaan yang bermula pukul 6 petang di pejabat Darussyifa', di Bangi dekat sini disertai lebih 700 hadirin terdiri daripada orang ramai dan kakitangan Darussyifa'.

Allahyarham merupakan pengasas Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa') iaitu sebuah klinik rawatan Islam alternatif yang terkenal di kalangan umat Islam.

Darussyifa', ditubuhkan pada 17 April 1988, kini ia memiliki lebih daripada lima cawangan di Lembah Klang dan Negeri Sembilan.

Haron, 76, meninggal dunia pada 10.10 pagi (waktu Malaysia) di Hospital Stanford University, San Francisco, Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung.

Allahyarham dimasukkan ke hospital berkenaan bagi mendapatkan rawatan lanjut berhubung masalah jantung yang dihidapinya.

Seorang ahli jawatankuasa Darussyifa', Abd Rashid Ahmad ketika ditemui Bernama selepas majlis berkenaan berkata pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar buat Darussyifa' kerana sumbangan besarnya terhadap masyarakat menerusi rawatan Islam alternatif.

Katanya Darussyifa' menjadi terkenal di seluruh Malaysia berikutan usaha gigihnya mempromosikan rawatan Islam alternatif. - BERNAMA

Darussyifa', Haron Din

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain