suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bangsa Johor: Tun M Diminta Jaga Urusan Sendiri

Tun Dr Mahathir Mohamad
PETALING JAYA: Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Johor (JICCI) menyokong konsep Bangsa Johor dan menggesa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya menjaga urusannya sendiri.

Presiden JICCI Tan Sri Kenneath Eswaran berkata dewan itu sebulat suara menyokong konsep tersebut, berikutan mesyuarat baru-baru ini yang membincangkan hal-hal pentadbiran dan keadaan ekonomi di negara ini.

"Ahli-ahli majlis sebulat suara menyokong konsep Bangsa Johor yang dimulakan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

"JICCI menggesa Dr Mahathir supaya tidak campur tangan atau mengkritik konsep itu," katanya dalam satu kenyataan, Rabu.

Eswaran berkata Dr Mahathir adalah orang yang mengamalkan konsep pecah belah dengan memperkenalkan satu lagi parti politik perkauman, Parti Pribumi Bersatu Malaysia selepas tidak puas hati dengan Umno.

Beliau berkata, ini adalah sama sekali bertentangan dengan konsep Bangsa Johor yang bertujuan untuk menyatupadukan rakyat tanpa mengira latar belakang kaum.

Bulan lepas, Sultan Johor menegur Dr Mahathir berhubung penolakan konsep itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain