Pelajar Meninggal Dunia Disyaki Akibat Kencing Tikus - Semasa | mStar

Pelajar Meninggal Dunia Disyaki Akibat Kencing Tikus

KOTA BARU: Seorang pelajar lelaki tingkatan tiga meninggal dunia pada Selasa, disyaki akibat jangkitan kencing tikus atau leptospirosis selepas mandi di Jeram Mengaji, Selising, Pasir Puteh, minggu lepas.

Muhamad Fikri Farizaq Mukhtar, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pak Badol, Bachok, meninggal dunia pukul 10 pagi ketika sedang menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh.

Bapa mangsa, Mukhtar Awang, 58, berkata anaknya yang disahkan positif dijangkiti kencing tikus oleh pihak hospital, bersama tiga rakan ke jeram berkenaan pada 27 Ogos lepas.

"Anak saya demam beberapa hari selepas balik dari jeram tersebut dan pada Ahad lepas kami bawa dia ke Klinik Kesihatan Mahligai dan dia dimasukkan air selepas disyaki denggi sebelum dibenarkan pulang.

"Bagaimanapun pada malamnya, anak saya menggigil dan sesak nafas. Kami sekali lagi ke klinik sama sebelum dia dihantar ke Hospital Tengku Anis," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Jerus, Selising.

Katanya sebelum dihantar ke hospital, anaknya mengalami muntah darah yang teruk dan kelihatan amat lemah.

Mukhtar berkata anak bongsu daripada enam beradik itu kurang makan selepas demam.

"Memang kami amat merasai kehilanganya kerana arwah seorang yang peramah, namun kami redha dengan pemergiannya," katanya.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jerus petang tadi.

Kencing Tikus

Artikel Sebelum

Tiada Zika Di Pahang - Exco

Artikel Berikut

Bapa Adun DAP Dibebaskan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain