Merdeka Lebih Bermakna Jika Anak-Anak Lupakan Kebimbangan - Semasa | mStar

Merdeka Lebih Bermakna Jika Anak-Anak Lupakan Kebimbangan

KUALA LUMPUR: Hari Kebangsaan adalah apabila kanak-kanak dari latar belakang yang susah dapat membebaskan diri mereka daripada kebimbangan, kata Pengetua Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, Zulkernai Fauzi.

"Apabila mereka datang ke sekolah dan melupakan kebimbangan mereka, iaitu 'Merdeka' kepada saya.

Zulkernai Fauzi
"Saya bangga menjadi rakyat Malaysia kerana walaupun terdapat perbezaan dalam latar belakang kita, kita boleh meraikan perayaan dan aktiviti bersama-sama," kata Zulkernai ketika sambutan Hari Kebangsaan sekolah itu di sini.

Pada sambutan itu para pelajar menyanyikan lagu-lagu patriotik seperti Jalur Gemilang dan lagu tema sambutan - Sehati, Sejiwa (Satu Hati, Satu Jiwa).

Zulkernai berkata sambutan itu telah bermula sejak 8 Ogos dan akan diteruskan sehingga 21 September ini.

Sekolah ini katanya telah menjalankan pelbagai aktiviti seperti menghias basikal dengan Jalur Gemilang, pertandingan folio tokoh-tokoh kemerdekaan serta membawa pelajar melawat ke tempat bersejarah.

"Dengan cara ini, mereka dapat mempelajari bagaimana pejuang kemerdekaan negara kita berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan," kata Zulkernai.

Tambah Zulkernai beliau mahu pelajar untuk memahami erti kemerdekaan yang sebenar.

Hari Kebangsaan , Sehati Sejiwa

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Perarakan Hari Kebangsaan Bermula

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain