Bekas Pegawai SPRM Didakwa Tipu Urus Niaga Beli Kereta - Semasa | mStar

Bekas Pegawai SPRM Didakwa Tipu Urus Niaga Beli Kereta

PUTRAJAYA: Seorang bekas pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini terhadap dua pertuduhan menipu dua individu berhubung pembelian dua kereta Toyota Wish lima tahun lepas.

Ramlan Amir Man, 46, dari Arau, Perak dituduh menipu Mek Nas Mat Jusoh, 58, dengan memperdayakannya untuk membeli sebuah kereta jenis Toyota Wish bernilai RM30,000 dengan curangnya mendorong wanita itu untuk menyerahkan wang RM29,500 sebagai pembayaran kereta tersebut.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Food Court Kompleks Kejiranan Presint 16, Putrajaya pada 8 Februari 2011 hingga 22 Februari 2012.

Dia juga didakwa menipu Rosli Md Aris, 59, dengan memperdayakannya untuk membeli sebuah kereta jenis Toyota Wish bernilai RM35,000 dengan curangnya mendorong mangsa menyerahkan wang RM35,000 sebagai pembayaran kereta tersebut.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di kedai runcit Linor, Presint 16, Putrajaya pada 16 April 2011 hingga 25 Mei 2011.

Ramlan yang ditahan semalam, didakwa mengikut Seskyen 420 Kanun Keseksaan bagi kedua-dua pertuduhan yang membawa hukuman maksimum 10 tahun penjara, sebatan dan juga boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman menetapkan 19 Sept untuk sebutan kedua-dua kes itu bagi membolehkan Ramlan melantik peguam dan membenarkannya diikat jamin berjumlah RM14,000 bagi kedua-dua kes.

Beliau telah menetapkan jumlah ikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin bagi kes pertama dan RM6,000 dengan seorang penjamin bagi kes kedua.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Izzat Fauzan memohon mahkamah menetapkan ikat jamin sebanyak RM15,000 bagi setiap pertuduhan.

Ramlan, bagaimanapun, meminta mahkamah mengurangkan jumlah ikat jamin berkenaan atas alasan dia tidak mampu membayar jumlah ikat jamin itu.

Dia juga memohon supaya ditempatkan di penjara di Perlis jika dia gagal membayar ikat jamin itu, kerana isterinya berada di Perlis.-- Bernama 

SPRM , Toyota Wish , Ramlan Amir Man

Artikel Sebelum

KJ @ Ahmad Khairy Jamal Udeen Chowdhury

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain