suria

Keadaan Dr Mahathir Bertambah Baik

Dr Mahathir Mohamad.

KUALA LUMPUR: Keadaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) di sini kini bertambah baik, kata jurucakap IJN.

Dr Mahathir, yang dimasukkan ke pusat perubatan itu pada Selasa kerana jangkitan di dada, masih mendapat rawatan tetapi "keadaannya bertambah baik," kata jurucakap itu.

Setakat ini, belum ada keputusan bila Dr Mahathir akan dibenarkan keluar, katanya.

Dr Mahathir, 91, ditempatkan di wad biasa dan lawatan adalah terhad kepada anggota keluarga berdasarkan nasihat pasukan perubatan.

Pada 1989, beliau mengalami masalah jantung dan kemudian menjalani pembedahan pintasan koronari di IJN.

Dr Mahathir menjalani pembedahan pintasan jantung kali kedua pada 2007.

Pada 2013, beliau dimasukkan ke IJN selama 10 hari untuk rawatan jangkitan di dada. - BERNAMA

Dr Mahathir, IJN, jangkitan dada

Artikel Lain