Kerajaan P.Pinang Gagal Kemuka Dokumen Jambatan Ketiga - Semasa | mStar

Kerajaan P.Pinang Gagal Kemuka Dokumen Jambatan Ketiga

Datuk Seri Fadillah Yusof
KUALA LUMPUR: Kerajaan Pulau Pinang gagal mengemukakan dokumen awal yang diperlukan bagi menyokong permohonan mereka untuk membina jambatan ketiga negeri itu.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata walaupun diberi empat peringatan dan tarikh akhir untuk mengemukakan permohonan pada Jumaat lepas, kerajaan negeri itu masih gagal mematuhi keperluan ditetapkan itu.

"Saya tidak pasti jika ini adalah amalan biasa di Pulau Pinang tetapi ini bukan amalan di kementerian," katanya dalam kenyataan Isnin.

Fadillah berkata kerajaan negeri itu ada menyebut bahawa kajian yang memakan belanja sehingga RM305 juta, telah siap atau 83 peratus siap sejak tiga bulan lepas, bagi menyokong permohonan mereka dan membantu kementerian membincangkan projek itu.

Bagaimanapun, berikutan kegagalan kerajaan negeri mematuhi tarikh akhir itu, Kementerian Kerhja Raya beranggapan permohonan membuat jambatan ketiga itu bukan lagi dianggap mendesak, dan ia kini diklasifikasikan sebagai Simpan Untuk Perhatian (KIV)," katanya.

"Fokus kementerian ini adalah bagi faedah jangka panjang buat rakyat. Tiada pihak berkuasa di dunia yang boleh memberikan kelulusan secara dasar terhadap projek infrastruktur mega yang berharga berbilion-bilion ringit, hanya dengan surat dua halaman yang dihantar kepada kami oleh kerajaan Pulau Pinang," katanya.

Kementerian juga telah menghantar surat bagi menyatakan keputusan itu kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain