suria

Lebuhraya Mex Wujudkan Laluan Kontra Bermula Esok

KUALA LUMPUR: Maju Expressway (Mex) akan melaksanakan percubaan laluan kontra bermula esok hingga 25 Ogos dalam usaha mengurangkan kesesakan lalu lintas kesan daripada peningkatan aliran trafik di lebuh raya itu.

Maju Expressway Sdn Bhd dalam kenyataan hari ini berkata, laluan kontra akan bermula dari KM11.5 hingga KM7.9 (arah ke Kuala Lumpur) dan dijangka dapat mewujudkan aliran trafik yang lebih lancar untuk semua pengguna Lebuhraya Mex.

Lorong kontra itu akan dibuka pada Isnin hingga Jumaat sahaja bermula pukul 7 pagi sehingga 9 pagi.

"Percubaan aliran kontra ini juga bertujuan mengurangkan masa perjalanan dan memberi manfaat kepada pengguna semasa waktu puncak.

"Laluan kontra ini dibuka untuk kenderaan ringan sahaja bagi yang datang dari arah Putrajaya menuju ke Jalan Tun Razak," katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai lorong kontra dan laporan trafik melalui akaun MEXTraffic Twitter dan MEXTraffic Facebook atau menghubungi Mex Hotline di 03-83159111 untuk maklumat lanjut.

Artikel Lain