suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mavcom Siasat Suasa Airlines, Buat Laporan Ke Atas Monspace Sky Airlines

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) sedang menyiasat Suasa Airlines Sdn Bhd kerana beroperasi tanpa permit perkhidmatan udara yang sah (ASP).

Mavcom dalam satu kenyataan pada Isnin, pada masa yang sama, turut membuat laporan polis ke atas Monspace Sky Airlines selepas ia mengelirukan orang ramai dengan memasarkan dirinya sebagai sebuah syarikat penerbangan walaupun tidak memiliki lesen perkhidmatan udara (ASL) atau ASP.

Mavcom berkata, dalam kes Suasa Airlines, syarikat itu telah memohon untuk  mengendalikan penerbangan komersil dari Kuala Lumpur ke Langkawi pada 22 Julai, tetapi tidak diluluskan.

"Ia bagaimanapun terus beroperasi sebagai 'penerbangan demonstrasi' dan perkara ini sedang disiasat Mavcom," katanya.

Katanya, tanpa ASP yang sah, Suasa Airlines tidak boleh mengendalikan  perkhidmatan udara komersial.

"Mavcom juga menasihatkan para pengguna supaya tidak membuat sebarang urusan penerbangan dengan Suasa Airlines dan Monspace Sky Airlines untuk memastikan  mereka tidak berhadapan dengan masalah semasa membuat perjalanan," katanya.

Ditubuhkan pada 1 Mac 2016, Mavcom merupakan sebuah badan bebas yang mengawal selia hal-hal ekonomi dan komersil yang berkaitan dengan penerbangan awam.

Artikel Berikut

Artikel Lain