suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pilihan Raya Mengejut: DAP Masih Tunggu Keputusan PKR, Amanah

Lim Guan Eng
GEORGE TOWN: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata parti itu tidak akan menjadi rakan Pakatan Harapan yang tidak boleh dipercayai dengan membuat keputusan unilateral berhubung cadangan mengadakan pilihan raya negeri mengejut.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata DAP masih menunggu keputusan Parti Keadilan Rakyat dan Parti Amanah Negara berhubung pilihan raya negeri yang dicadangkan.

Beliau berkata dengan langkah tersebut, parti itu mahu membuktikan bahawa ia adalah sebuah rakan kongsi yang boleh dipercayai dalam Pakatan Harapan.

Guan Eng berkata demikian kepada pemberita di Komtar, Pulau Pinang, selepas majlis penyampaian hadiah bagi pertandingan cadangan reka bentuk  pembinaan kompleks pasar Teluk Kumbar peringkat kebangsaan.

Artikel Lain