Akta Kanak-Kanak (Pindaan) 2016 Diwartakan - Rohani

Datuk Seri Rohani Abdul Karim
PUTRAJAYA: Akta Kanak-kanak (Pindaan) 2016 dengan empat kandungan utama - Daftar Kanak-kanak, Perintah Khidmat Masyarakat (CSO), penjagaan berasaskan keluarga dan kenaikan penalti - diwartakan pada Isnin setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata kementerian akan mengadakan kempen kesedaran bagi memastikan masyarakat dan semua agensi bersiap sedia sebelum akta itu dikuatkuasakan sepenuhnya.

"Ini adalah hadiah Hari Raya buat kementerian setelah tiga tahun pelbagai pertemuan dibuat dalam usaha menambah baik akta ini bagi mengambil kira isu-isu semasa berkaitan kanak-kanak seperti pedofilia dan sebagainya," katanya kepada pemberita pada Majlis Riang Ria Aidilfitri kementerian di sini, Isnin.

Beliau menjelaskan Daftar Kanak-kanak, yang mengandungi rekod pesalah kes melibatkan kanak-kanak, diwujudkan sebagai rujukan kepada majikan terutamanya dalam sektor pekerjaan membabitkan kanak-kanak sebelum mengambil mana-mana individu untuk bekerja.

Data itu, yang diperoleh daripada pihak polis dan mahkamah, melibatkan individu yang pernah disabitkan kesalahan membabitkan kanak-kanak seperti kes rogol dan penderaan.

"Sektor pekerjaan terlibat adalah seperti pengasuh, pembantu rumah dan pengawal keselamatan di taska, tadika atau sekolah. Jika majikan ada rasa was-was, kita akan bantu membuat saringan," jelasnya.

Rohani berkata CSO pula merupakan program rehabilitasi kepada kanak-kanak yang terlibat dengan jenayah serta pesalah dewasa seperti ibu, bapa dan penjaga yang mendera atau mengabaikan kanak-kanak.

"Selain hukuman penjara dan denda, mereka boleh diberikan pemulihan dengan melakukan kerja-kerja komuniti seperti membersihkan sesebuah kawasan dan menjalani kaunseling serta program keinsafan dan keibubapaan," katanya.

Di bawah pindaan itu, mahkamah harus memberi keutamaan kepada penjagaan berasaskan keluarga semasa mengeluarkan perintah perlindangan kepada kanak-kanak yang terabai.

Menurutnya perintah penempatan di institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hendaklah menjadi pilihan terakhir bagi membolehkan kanak-kanak terbabit membesar dalam suasana kekeluargaan.

"Mereka boleh terus diberikan kepada keluarga angkat yang ada dalam senarai kita atau boleh diletakkan sementara di Rumah Tunas Harapan yang memberikan penjagaan berkonsepkan kekeluargaan supaya mereka dapat merasa kasih sayang berbanding di institusi," jelasnya.

Pindaan akta itu juga menaikkan hukuman denda kepada RM50,000 dan 20 tahun penjara bagi kesalahan mengikut Seksyen 31 iaitu mendera, mengabaikan dan menganiaya kanak-kanak.

Artikel Berkaitan

Klik

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain