Trafik Di Kuala Kangsar Ke Simpang Pulai Sesak - Semasa | mStar

Trafik Di Kuala Kangsar Ke Simpang Pulai Sesak

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan dari Kuala Kangsar menghala ke Simpang Pulai sesak sepanjang 30 kilometer, setakat pukul 1.30 tengah hari ini.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata keadaan itu berlaku berikutan peningkatan jumlah kenderaan apabila orang ramai mula pulang ke destinasi masing-masing selepas bercuti sempena Aidilfitri.

"Laluan kontra diaktifkan dari Km 289.6 hingga Km 295.6 dari Simpang Pulai ke Gopeng untuk menyuraikan kesesakan trafik," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Ahad.

Katanya kemalangan kecil dilaporkan berlaku di Km 53.4 arah selatan dari Simpang Renggam ke Sedenak, di Kulai, Johor membabitkan lima kenderaan, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

"Kemalangan 'bumper-to-bumper' itu membabitkan dua kereta, dua kenderaan serba guna (MPV) dan sebuah lori. Tiada lorong terhalang," katanya.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik bergerak perlahan dari Lancang menghala ke Plaza Tol Karak dan Plaza Tol Bentong ke Bukit Tinggi.

"Kawasan lain masih dalam keadaan terkawal, namun trafik dijangka semakin meningkat petang ini," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

Artikel Lain