suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Ambil Keterangan Dr Mahathir

Dr Mahathir bersama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali meninggalkan perkarangan bangunan Yayasan Albukhary.

KUALA LUMPUR: Polis mengambil keterangan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kenyataan beliau mengenai Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu yang dikenakan tahanan rumah.

Bercakap kepada pemberita di luar perkarangan bangunan Yayasan Albukhary di sini dimana proses soal siasat dilakukan, peguam Dr Mahathir, Ahmad Bazlan Che Kasim berkata polis mengambil keterangan daripada bekas perdana menteri itu yang ditanya kira-kira 37 soalan dan beliau menjawab kesemua pertanyaan tersebut.

Ahmad Bazlan berkata soalan pertama adalah berhubung laporan polis yang dibuat di Balai Polis Dang Wangi mengenai kenyataan Dr Mahathir mengenai Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu dikenakan tahanan rumah.

Katanya, bagaimanapun, kebanyakan soalan yang ditanya polis adalah berkaitan Deklarasi Rakyat.

Ahmad Bazlan berkata empat pegawai penyiasat dari Bukit Aman tiba di bangunan itu untuk mengambil keterangan Dr Mahathir kira-kira pukul 3.20 petang Jumaat.

Menurut beliau, proses tersebut mengambil masa selama 30 minit dan ia berakhir pada pukul 3.50 petang.

Dr Mahathir dilihat melambai ke arah pemberita dari dalam kenderaannya ketika meninggalkan bangunan tersebut kira-kira pukul 4.25 petang.

Ahmad Bazlan berkata kes itu disiasat dibawa Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah.

Dr Mahathir Mohamad, soal siasat

Artikel Lain