suria

Muktamar PAS: PKR Diberi Kata Dua

KOTA BARU: PKR diberi kata dua, supaya tetapkan pendirian sama ada memilih untuk bekerjasama dengan DAP, Amanah atau PAS.

Perwakilan Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari berkata, semua pimpinan dan ahli parti diminta menilai kembali tahaluf siyasi dengan PKR.

Katanya, hala tuju PKR agak samar apabila menjalinkan hubungan dengan parti yang tidak sehaluan dengan PAS.

"Ramai rakan PKR masih sayangkan kita tapi mana mungkin cinta ini akan bertahan sekiranya DAP dan PKR masih bersama.

"Pada masa sama, PKR menjalin hubungan mesra dengan Parti Amanah Negara (Amanah). PKR kena jelas   mereka mahu bersama parti mama," katanya.

Beliau berkata demikian semasa membahaskan ucapan dasar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi  Awang di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) dekat sini, Khamis malam.

Ahmad Fadhli berkata, tindakan kumpulan pengkhianat menerusi penubuhan parti baharu sesungguhnya tidak akan dilupakan.

"Kita Pemuda akan berpesan kepada anak cucu bahawa inilah kubur pengkhianat yang pernah menikam perjuangan kita," katanya.

Pada Rabu, Dewan Muslimat PAS menerima usul mendesak parti Islam itu mengkaji semula hubungan tahaluf siyasi dengan PKR.

Usul yang dikemukakan Dewan Muslimat PAS Kedah pada Muktamar Dewan Muslimat PAS ke-56 itu diterima tanpa bahas dan akan diserahkan kepada Majlis Syura Ulama PAS.

PAS, PKR, DAP, Amanah

Artikel Lain