suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pejabat Kerajaan Di Putrajaya Kurangkan Bil Elektrik 6.5 Peratus

Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili
PUTRAJAYA: Pejabat kerajaan di Putrajaya berjaya mengurangkan bil elektrik sebanyak 6.5 peratus, melebihi sasaran pengurangan lima peratus yang ditetapkan pada awal tahun ini, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili.

Beliau berkata pengurangan bil elektrik dijadikan petunjuk prestasi utama bagi agensi kerajaan.

"Matlamat kementerian saya kini adalah untuk memperluaskan amalan pengurangan bil utiliti lain dan memperkenalkan kempen seperti itu di peringkat negeri dan sektor korporat," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen 'Hijau Adalah Gaya Hidup' di Taman Botani di sini, Khamis.

Di peringkat masyarakat, Ongkili berkata kementeriannya akan bekerjasama dengan persatuan dalam mempromosikan kempen penjimatan tenaga.

Selain persatuan, kementerian juga akan bekerjasama dengan pengusaha pasar raya dalam menawarkan insentif yang dapat mereka nikmati apabila mereka menjimatkan tenaga.


Artikel Lain