suria

"Hidup Islam, Kita Semua Selamat" - Dr Balachandran

Dr G. Balachandran. -fotoTHESTAR
KOTA BARU: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) menyuarakan sokongannya bersama PAS kerana akidah perjuangan parti Islam itu berteraskan agama.

Wakil DHPP, Dr G. Balachandran berkata, perjuangan itu bukan bersifat perkauman mahupun bangsa semata-mata.

"Kenapa kita bersama PAS? Kita bersama PAS sebab akidah perjuangan PAS berteraskan agama, bukan bangsa.

"Hidup Melayu tak janji Islam selamat. Hidup Islam, kita semua selamat," katanya.

Beliau berkata demikian semasa membahaskan ucapan dasar Presiden PAS di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) dekat sini, Khamis.

Bagaimanapun Balachandran menjelaskan bahawa ia tidak bermakna perlu meninggalkan bangsa.

"Kita tak kata kita harus tinggalkan bangsa. Kita harus mencintai bangsa.

"Tetapi jangan gunakan bangsa untuk akidah perjuangan, hancur nanti," katanya.

Sehubungan itu katanya, kekuatan PAS bukan bergantung kepada Pakatan Rakyat bersama DAP atau PKR (kini Pakatan Harapan).

"Kekuatan yang kita percaya adalah kerana Islam. Sebab itu kita boleh pergi berseorangan," katanya sambil merujuk PAS sebagai blok ketiga pembangkang, manakala Pakatan Harapan terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah.

Artikel Lain