suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerajaan Terbuka Kepada Idea Baharu Yang Membawa Kepada Inovasi - PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sempat berselfie bersama pemenang anugerah Cabaran Perekacipta Muda Yayasan Sime Darby 2016 di Sime Darby Convention Centre Bukit Kiara, Khamis. -fotoTHESTAR
KUALA LUMPUR: Kerajaan telah memberi jaminan akan bersikap terbuka kepada idea baharu yang seterusnya membawa kepada inovasi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata negara memerlukan idea yang boleh membawa kepada inovasi yang kemudiannya, akan menambah baik kehidupan rakyat.

"Kita perlu sebuah ekosistem, budaya inovasi dan sistem pendidikan yang akan menggalakkan orang ramai untuk berfikir secara inovatif dan kreatif.

"Sebagai contoh, ibu bapa perlu membesarkan anak-anak mereka dengan cara yang berbeza dan menggalakkan sifat ingin tahu supaya anak-anak mereka akan bertanya soalan dalam perkara yang berkaitan," katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian anugerah Cabaran Perekacipta Muda Yayasan Sime Darby 2016 di sini Khamis sebelum menyampaikan anugerah kepada pemenang.

Artikel Lain