suria

Ambil Tindakan Individu Cemar Al-Quran Di Internet

KUALA LUMPUR: Polis diminta mengambil tindakan terhadap individu yang mencemar al-Quran dengan tindakan melampau, termasuk menjilat, mengoyak dan menjadikan kitab suci umat Islam itu sebagai bahan seks di laman sosial.

Empat badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah (MJMM), Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) serta Akhlak Rahsia Cekal (ARC) membuat laporan polis di sini, Selasa.

Mereka juga mahu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menyekat video berkenaan di internet supaya tidak terus diviralkan, menurut Presiden IRIMM Amir Amsaa Alla Pitchay kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini hari ini.

Beliau berkata tindakan individu berkenaan adalah biadap dan penghinaan melampau kepada seluruh umat Islam.

Video berdurasi 47 saat itu memaparkan seorang individu berbaju jingga menjilat dan mengoyakkan al-Quran sebelum menjadikan kitab suci itu sebagai bahan seks.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah ketika dihubungi Bernama mengesahkan menerima laporan itu.

Artikel Lain