suria

Kaji Semula Hubungan Dengan PKR - Muslimat PAS

KOTA BARU: Dewan Muslimat PAS menggesa parti itu supaya menilai semula kerjasama politik dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ini adalah antara usul yang dibentang dan diterima tanpa bahas oleh sayap berkenaan pada Rabu.

Sementara itu pada sidang media di sini, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Nuridah Mohd Salleh berkata sayap itu akan menyerahkan resolusi berkenaan kepada Majlis Syura.

"Selepas Muktamar kami akan mengadakan mesyuarat dengan ahli-ahli jawatankuasa pusat atau mungkin juga selepas pilihan raya kecil (di Kuala Kangsar dan Sungai Besar).

"Isu ini akan dinilai di semua sudut kerana ia akhirnya terpulang kepada Majlis Syura untuk membuat keputusan mengenai perkara itu," katanya.

Menurut beliau, isu utama dalam ketetapan itu adalah hakikat bahawa PKR bekerjasama dengan kedua-dua pihak iaitu Pakatan Harapan dan PAS.

Artikel Lain