suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PKR, PAS, Amanah Disaran 'Tunjuk Kejantanan' Tanding PRK

Datuk Shamsul Anuar Nasarah
KUALA LUMPUR: Parti-parti pembangkang disaran menunjukkan 'kejantanan' masing-masing dengan setiap parti meletakkan calon sendiri dalam dua pilihan raya kecil (PRK) tidak lama lagi.

Ahli Parlimen Lenggong Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, PKR, PAS dan Parti Amanah Negara perlu berhenti berunding sesama sendiri mengenai siapa yang patut bertanding di kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

"Secara peribadinya saya nak nasihatkan kepada PKR, PAS dan Amanah, tidak perlu berunding sesama mereka. Masing-masing berlawan, tunjukkan kejantanan masing-masing. 

"Rakyat akan tentukan siapa yang hebat antara mereka. Untuk apa berunding? Lagi ramai bertanding menuju ke arah demokrasi," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.

Anuar berkata, 'pertengkaran' sesama parti pembangkang berhubung kerusi seharusnya menjadi satu kelebihan kepada Barisan Nasional (BN).

"BN telah bersedia dengan apa sahaja kemungkinan, termasuk pertandingan lebih daripada dua penjuru," katanya.


Parti-parti pembangkang telah berunding mengenai dua kerusi itu dengan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali yang didakwa mengeluarkan 'kata dua' kepada PAS untuk tidak bertanding di Sungai Besar atau tiga ahli Exconya akan dipecat daripada pentadbiran Selangor.

Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang telah menegaskan bahawa parti itu akan meletakkan calon dalam kedua-dua PRK.

Amanah juga telah mengulangi pendirian untuk menyertai saingan itu dengan meletakkan calon.

Artikel Lain