suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Video Pelajar Dipukul Warden Di Sungai Buloh Disahkan Benar

Paparan skrin video pelajar dipukul seorang warden.

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan rakaman sebuah video pelajar sekolah yang dipukul oleh seorang warden di sebuah Sekolah Vokasional di Sungai Buloh yang tersebar menjadi viral di media sosial pada Ahad adalah benar.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abd Rahim Jaafar berkata, pihaknya sedang menyiasat kes berkenaan dan meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian itu.

"Polis menerima laporan berkaitan kes itu daripada seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun dari sekolah terbabit di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh pada 10.25 pagi semalam," katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.

Abd Rahim berkata, hasil siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku pada 5.30 petang Khamis lepas di asrama Kolej Vokasional Sungai Buloh dan video kejadian yang dirakam mula tersebar di laman media sosial petang Ahad.

Beliau berkata, polis menjalankan siasatan kes mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan.

Pada Ahad, video berdurasi seminit 10 saat yang merakamkan seorang pelajar sekolah dipukul oleh seorang warden tersebar di laman media sosial. - Bernama

Artikel Lain