suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pegawai Kanan KPT Cedera, Kereta Dipandu Terbabas

PUTRAJAYA: Seorang pegawai kanan Kementerian Pendidikan  Tinggi (KPT) cedera selepas kenderaan kerajaan yang dipandunya terbabas di Persiaran Perdana berhampiran susur keluar Desa Pinggiran Putra di sini, Isnin.

Dalam kejadian kira-kira 4 petang itu Dr Ab Wahab Che Mat, yang memandu Proton Perdana itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar sebatang pokok kecil di tepi jalan itu.

Ab Wahab, yang merupakan Setiausaha Bahagian Tugas Khas Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), sedang dalam perjalanan ke pejabatnya di Presint 5 ketika kejadian itu.

Ketua Setiausaha KPT Datuk Seri Dr Zaini Ujang berkata mangsa mengalami kecederaan ringan namun masih ditahan di Hospital Putrajaya di sini untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Abdul Aziz Ali ketika dihubungi hari ini mengesahkan kejadian itu.

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia