suria

Tengkorak Berbulu Ditemui

KUALA TERENGGANU: Sebuah tengkorak ditemui tersangkut pada batu di Pantai Teluk Ketapang di sini tengah malam Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Idris Abd Rafar berkata, bagaimanapun rangka berkenaan belum dapat dikenal pasti sama ada ia berupa kerangka manusia atau haiwan keran saiznya yang kecil.

"Seorang individu menemui objek tersebut yang tersangkut pada batu lantas menghubugi pihak polis. Kita sedang mengenal pasti rangka tersebut sama ada ia milik haiwan atau manusia kerana juga terdapat bulu pada sebahagian tengkorak tersebut," katanya kepada Bernama.

Gambar rangka tersebut turut tersebar di laman sosial. 

Beliau berkata, tengkorak itu telah dihantar ke hospital. - Bernama

Artikel Lain