suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Maut Motosikal Rempuh Pacuan Empat Roda

Gambar hiasan.

LUMUT: Seorang penunggang motosikal maut manakala rakannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki merempuh sebuah pacuan empat roda berhampiran Sekolah Kebangsaan Convent di Jalan Sitiawan-Kampung Koh dekat sini, pagi Sabtu.

Dalam kejadian pada 8.45 pagi itu, Mohamad Nisham Zainan, 23, yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125z maut di tempat kejadian, manakala rakannya cedera parah.

Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata, semasa kejadian Mohamad Nisham dan rakannya dalam perjalanan dari arah Sitiawan menghala ke Kampung Koh.

"Apabila sampai di tempat kejadian, tiba-tiba sebuah kereta jenis Toyota Hilux dari arah bertentangan yang dipandu seorang lelaki berumur 48 tahun membelok ke kanan untuk masuk ke simpang Taman Anson.

"Mohamad Nisham yang berada di laluannya tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian belakang sebelah kiri kereta itu," katanya ketika dihubungi di sini, Sabtu.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat manakala pemboceng motosikal yang parah juga dirawat di hospital sama. - Bernama

Artikel Berikut

Artikel Lain