Anifah Hadiri Mesyuarat Tiga Negara Mengenai Keselamatan Maritim Di Jogjakarta

Datuk Seri Anifah Aman
PUTRAJAYA: Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman akan menghadiri mesyuarat tiga negara di Jogjakarta, Indonesia, esok bertujuan meningkatkan keselamatan maritim susulan beberapa kejadian penculikan di perairan Indonesia, Malaysia dan Filipina baru-baru ini.

Mesyuarat itu akan turut dihadiri panglima angkatan tentera ketiga-tiga negara, menurut kenyataan Kementerian Luar hari ini.

Menurutnya, mesyuarat tersebut akan membincangkan usahasama untuk mengukuhkan penyelarasan dan kerjasama dalam usaha untuk meningkatkan keselamatan maritim di perairan ketiga-tiga negara, susulan berlaku beberapa  kejadian penculikan baru-baru ini.

Malaysia komited untuk bekerjasama dengan Indonesia dan Filipina dalam mengekalkan keamanan, keselamatan dan kestabilan di kawasan berkenaan dan  rantau ini, menurut kenyataan itu.

Menurutnya, Anifah diundang untuk hadir ke mesyuarat itu oleh Menteri Luar Indonesia Retno L.P. Marsudi.

Empat rakyat Malaysia, Wong Teck Kang, 31; Wong Hung Sing, 34; Wong Teck Chii, 29; dan Johnny Lau Jung Hien, 21, diculik lapan lelaki bersenjata di perairan Semporna, Sabah ketika dalam perjalanan pulang ke Malaysia dari Filipina pada 1 April lepas.

Keempat-empat mangsa dari Sibu itu adalah kru kapal Masfive 6 yang mengangkut balak dari Malaysia ke Manila, Filipina.

Pada 26 Mac, 10 kru warga Indonesia diculik daripada sebuah kapal tunda di perairan di barat daya Filipina. Mereka dibebaskan pada Ahad.

Klik

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Artikel Lain