suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mayat Wanita Ditemui Di Tepi Troli Sampah

IPOH: Mayat seorang wanita disyaki dibunuh ditemui ditepi troli sampah berdekatan Tokong Kwan Win Tong, Kampung Rapat di sini, Selasa.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata mayat yang berpakaian baju tidur berwarna merah jambu dan berumur lingkungan antara 30-an dan 40-an itu ditemukan orang awam kira-kira pukul 10.24 pagi.

Beliau berkata wanita itu dipercayai dibunuh berdasarkan kepada kesan kelar di lehernya.

"Polis percaya mangsa telah meninggal dunia sejak tiga atau empat hari lepas dan dibunuh di lokasi berbeza sebelum mayatnya dibuang di kawasan itu," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 kanun Keseksaan iaitu kes bunuh.

Katanya mana-mana keluarga yang kehilangan anggota keluarga dan orang awam yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi balai polis berdekatan atau ASP Nirmala di talian 012-5032619.-Bernama

Mayat Wanita, dikelar, dibunuh

Artikel Lain