Kes Dharmendran Tidak Patut Dibincang Di Luar Mahkamah - KPN - Semasa | mStar

Kes Dharmendran Tidak Patut Dibincang Di Luar Mahkamah - KPN

Tan Sri Khalid Abu Bakar
KUALA LUMPUR: Kes kematian N. Dharmendran tidak sepatutnya dibincang di luar mahkamah kerana boleh mendatangkan prejudis dan subjudis terhadap kes itu, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Ini kerana kes itu belum diputuskan di mahkamah malah, keempat-empat anggota polis yang dituduh terlibat dalam kes itu akan dipanggil untuk membela diri di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, katanya dalam kenyataan di sini, malam Khamis.

Beliau merujuk kepada kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) Datuk Yaacob Md Sam bahawa suruhanjaya itu mendapati kematian tahanan N.Dharmendran pada 2013 adalah akibat daripada penggunaan kekerasan fizikal oleh pihak polis.

Khalid berkata kenyataan Yaacob, yang dibuat berdasarkan laporan EAIC, melahirkan tanggapan bahawa Polis DiRaja Malaysia gagal mengambil tindakan terhadap keempat-empat anggota terlibat.

"Malah, dari peringkat awal lagi siasatan terhadap mereka dijalankan dengan menyeluruh, rapi dan telus," katanya.

Khalid berkata pihak polis tidak pernah melindungi pegawai dan anggotanya yang terlibat dalam sebarang perlakuan jenayah malah, empat anggota yang terlibat dengan kes berkenaan telah disiasat secara menyeluruh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dituduh pada 5 Jun 2013.

Menurutnya empat anggota polis itu dipanggil membela diri dalam perbicaraan  di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 24 hingga 27 Mei ini.

Dharmendran ditahan pada 11 Mei 2013 dan meninggal dunia pada 21 Mei 2013 ketika dalam tahanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPK KL).

Susulan itu, empat anggota polis dari IPK KL ditahan dan didakwa atas tuduhan menyebabkan kematian mangsa.

Pada 12 Dis 2014, Mahkamah Tinggi di sini membebaskan empat anggota polis itu daripada tuduhan membunuh kerana mendapati tiadanya prima facie terhadap mereka.

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain

Gempar juruterbang kesan UFO bentuk cerut