Pertindihan Kerusi: Pembangkang Curigai Satu Sama Lain - PM - Semasa | mStar

Pertindihan Kerusi: Pembangkang Curigai Satu Sama Lain - PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan kata-kata semangat kepada jentera Pilihan Raya Negeri Dewan Undangan Negeri N09 Tupong di Dewan Masyarakat Kampung Pinang Jawa (Gita), malam Khamis. -fotoBERNAMA
KUCHING: Kegagalan pembangkang menyelesaikan isu pengagihan kerusi menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN11) membuktikan kerapuhan pakatan itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata pertembungan antara PAS, DAP dan PKR di beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) juga membuktikan pakatan pembangkang dianggotai parti yang saling mencurigai antara satu sama lain.

"Terdapat beberapa kerusi, PKR dan DAP lawan dalam kawasan sama, selepas itu PAS lawan PKR...(sedangkan) di peringkat Selangor, mereka bersama dalam satu kerajaan. Tetapi di tempat lain dia (pembangkang) bertentangan.

"Hakikatnya, pembangkang (saling) mencurigai antara satu sama lain. Mereka ini tidak ada pakatan yang ikhlas dan kukuh sebenarnya," kata beliau ketika berucap pada majlis Perdana Menteri Bersama Jentera PRN-11 DUN Tupong, di Dewan Gita, Kampung Pinang Jawa, Petrajaya di sini Khamis.

Perdana Menteri berkata pakatan itu hanya mengamalkan 'politik yang meraih keuntungan sementara', dan ditubuhkan hanya untuk mengabui mata rakyat.

Justeru, Najib mengingatkan rakyat Malaysia dan Sarawak khususnya, agar tidak memperjudikan masa depan dengan memilih parti yang hanya tahu menjanjikan perkara 'indah tanpa berpijak kepada realiti'.

Beliau berkata rakyat harus sedar hanya BN pilihan terbaik berdasarkan rekod lepas yang sudah terbukti berjaya.

"Kita mesti berpegang kepada sesuatu jaminan yang terbukti rekod prestasinya dan telah sekian lama mensejahterakan Bumi Kenyalang ini...tidak lain tidak bukan, Barisan Nasional," katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Pemuda PBB, Datuk Seri Fadillah Yusof, yang juga Pengarah Pilihan Raya DUN Tupong; calon DUN Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman, bekas Adun Tupong, Datuk Daud Abdul Rahman; serta ratusan anggota jentera pilihan raya BN DUN Tupong.

Dalam pada itu, Najib berkata Fazzrudin merupakan calon pilihan BN yang terbaik bagi meneruskan legasi Daud dalam memastikan pembangunan berterusan di kawasan berkenaan.

Beliau berharap pengundi di Sarawak dan DUN Tupong secara khususnya dapat memberikan majoriti lebih besar dan meyakinkan kepada BN, demi memastikan agenda pembangunan kerajaan negeri dan pusat dapat diteruskan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain

Meghan Markle hamil anak ke-2?