suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nelayan Nyaris Maut Dibaham Buaya

- Gambar hiasan
SARATOK: Seorang nelayan sungai nyaris maut dibaham buaya semasa membersihkan badannya selepas selesai memasang jaring ikan di Sungai Krango, Krian dekat sini, Rabu.

Timbalan Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak Farhan Sufyan Borhan berkata kejadian itu kira-kira 5.30 petang semasa Gadisman Nawi, yang berusia lingkungan 40-an, terjun ke dalam sungai untuk membersihkan dirinya.

Sejurus itu, dia diserang seekor buaya tetapi dapat menyelamatkan diri dengan menendang buaya itu selepas bergelut beberapa ketika dan bergegas naik semula ke botnya dan memecut ke tebing sungai.

Gadisman yang cedera di kakinya, dibantu tiga anggota Balai Bomba Saratok yang tidak bertugas dan kebetulan sedang memancing di tempat kejadian, pulang ke rumahnya sebelum dibawa ke Hospital Saratok dengan sebuah ambulans.

Lokasi kejadian itu berhampiran dengan lokasi kejadian seorang wanita dibaham buaya tahun lepas, katanya.
Ketua Polis Daerah Saratok DSP Lee Thai Lein ketika dihubungi berkata setakat ini, belum ada laporan diterima berhubung kejadian itu.

dibaham buaya, Sungai Krango

Artikel Berikut

Artikel Lain