suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wartawan Akan Disiasat Berhubung Artikel Deklarasi Rakyat

PETALING JAYA: Seorang wartawan akan disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 berhubung laporannya mengenai Deklarasi Rakyat.

Zakiah Koya dari The Heat Malaysia berkata beliau dimaklumkan mengenai perkara itu oleh polis, minggu lalu.

"Mereka menghubungi saya minggu lalu dan memberitahu saya bahawa saya perlu pergi ke balai polis berhubung perkara ini," katanya.

Tambahnya, beliau tidak mengetahui butir-butir selanjutnya, hanya diberitahu perlu hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada Jumaat berkaitan tulisannya mengenai deklarasi itu yang akan disiasat di bawah Akta Hasutan.


Zakiah, adik kepada ahli jawatankuasa pusat PKR, Latheefa Koya, adalah orang kedua disiasat berhubung Deklarasi Rakyat.

Orang pertama yang disiasat adalah aktivis Azrul Mohd Khalib yang memulakan petisyen menyokong deklarasi itu.

Kesnya disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan.

Artikel Lain