suria

PRN Sarawak: Sah DAP Lawan PKR Di Batu Kitang

Abdul Aziz menghantar borang pencalonannya.

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP menamakan calon masing-masing untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kitang.

Kerusi tersebut menyaksikan pertembungan lima penjuru membabitkan Barisan Nasional (BN), PKR, DAP dan dua calon bebas.

DAP menamakan calon tunggal Melayu parti itu, Abdul Aziz Isa yang akan menentang sekutunya dari PKR, Voon Shiak Ni.

Abdul Aziz pada asalnya dikatakan akan bertanding di kerusi Stakan.

BN pula mempertaruhkan Lo Khere Chiang (SUPP) sebagai calon.

Sulaiman Kadir, bekas pegawai di Jabatan Tanah dan Ukur pula akan bertanding sebagai calon Bebas.

Seorang lagi calon bebas dikenal pasti sebagai Datuk Seri Othman Bojeng, 59, yang juga ahli perniagaan.

PRN Sarawak, DUN Batu Kitang

Artikel Lain