suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PRN Sarawak: Proses Penamaan Calon Ditutup 10 Pagi

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tiga, kiri) menjulang tangan memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional N3 Tanjung Datu Tan Sri Adenan Satem (tiga, kiri) ketika mengiringi calon itu ke pusat penamaan di Dewan Masyarakat Lundu, pada Isnin. Beliau selesai proses penamaan jam 9.25 pagi. Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor (empat, kanan) dan isteri calon Puan Sri Jamilah Anu (lima, kanan).

KUCHING: Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11) ditutup 10 pagi Isnin.

Proses selama sejam itu berlangsung di 82 pusat penamaan calon sejak 9 pagi.

Selepas itu, pegawai pengurus pilihan raya bagi setiap kawasan berkenaan  akan mengumumkan calon-calon yang layak bertanding sekiranya ada pertandingan.

Pengundian ditetapkan pada 7 Mei.

Pilihan raya itu diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada 11 April.

DUN Sarawak kini mempunyai 82 kerusi berikutan persempadanan semula yang menyaksikan tambahan 11 kerusi baharu.

Artikel Lain