suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Pecah Patung Di Kuil Sakit Mental - Polis

Sum Chang Keong

IPOH: Lelaki yang memecahkan patung di sebuah kuil di Jalan Hospital di sini dipercayai mempunyai masalah mental, kata Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong.

Beliau berkata polis yang berjaya menahan suspek berumur 29 tahun itu tidak lama selepas kejadian itu sedang mengaturkan supaya dia menjalani pemeriksaan kesihatan mental.

Katanya polis menasihati orang ramai supaya tidak menjadikan insiden yang berlaku kira-kira 5.10 petang semalam itu sebagai isu perkauman.

"Jika terbukti dia tidak siuman, maka apa yang dilakukannya itu adalah di luar kawalan, bukan niat untuk menghina sebarang agama," katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau keadaan di kuil Sree Muneeswarar Amman Kovil itu lewat Ahad malam.

"Semasa kejadian hanya terdapat seorang sami di kuil berkenaan yang juga merupakan saksi kejadian," katanya.

Sum berkata suspek masuk ke kawasan kuil itu dengan sebuah kereta sebelum memecahkan patung berkenaan dengan sebilah parang.

Katanya selepas merosakkan patung berkenaan, suspek melarikan diri ke Jalan Ghazali Jawi dengan memandu kereta secara melawan arus dan terbabas lalu melanggar sebuah perhentian bas sebelum ditahan polis.

Ketika ditanya sama ada suspek yang difahamkan pernah menuntut di Mesir mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Daesh, katanya buat masa ini polis tiada maklumat mengenai perkara itu, namun akan menyiasat secara terperinci.

Ipoh, Kuil

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain