suria

SOP Atasi Buli Di Sekolah Siap Dua Minggu Lagi - Mahdzir

Mahdzir Khalid.

KUALA NERANG: Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi menyelesaikan masalah displin di sekolah termasuk buli dijangka siap dua minggu lagi, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Katanya beliau akan mengadakan mesyuarat khas mengenai SOP itu dalam masa terdekat dengan perbincangan melibatkan Ketua Pengarah Pelajaran serta pegawai-pegawai kementerian.

"SOP itu akan mengandungi terma, limitasi kuasa sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah dan kementerian bagi selesaikan kes-kes displin termasuk buli di peringkat negeri atau daerah sendiri," katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Syed Ahmad di sini, Ahad.

Pada Sabtu, Mahdzir dilapor berkata SOP mengenai penurunan kuasa kepada Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri sedang dibincang bagi menyelesaikan kes-kes buli tanpa perlu menunggu campur tangan Kementerian Pendidikan.

Ia susulan kes seorang murid di Klang, Selangor yang didakwa dipaksa menggunting lidahnya oleh lima murid lain minggu lepas.

Artikel Lain