suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mayat Guru Agama Ditemui Dalam Tandas Homestay

Gambar hiasan.

KUALA SELANGOR: Seorang guru agama dijumpai mati di dalam bilik air sebuah banglo yang dijadikan homestay di Taman Desa Mawar, Tanjong Karang di sini, Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supt Roslan Abdullah berkata mayat Sobri Yusof, 26, ditemui kira-kira pukul 9 malam oleh jirannya yang curiga berikutan pintu depan banglo berkenaan tidak bertutup sejak awal pagi Sabtu.

Roslan berkata, mangsa tinggal seorang diri di rumah berkenaan yang disewa sejak Jumaat lepas.

"Mangsa merupakan anak kedua daripada lima beradik dan mengajar di Sekolah Menengah Agama Tanjong Karang.

"Buat masa ini polis mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut kerana berdasarkan siasatan awal kami tidak menemui sebarang unsur-unsur jenayah," katanya dalam kenyataan di sini Ahad.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat. - BERNAMA

guru agama, homestay, Kuala Selangor

Artikel Lain