Isu Banglo Bukan Untuk 'Serang' Ketua Menteri - Semasa | mStar

Isu Banglo Bukan Untuk 'Serang' Ketua Menteri

Datuk Seri Reezal Merican
KEPALA BATAS: Isu pembelian banglo Lim Guan Eng di Jalan Pinhorn, George Town dekat sini bukan sengaja dibangkitkan oleh Umno atau Barisan Nasional (BN) untuk 'menyerang' ketua menteri itu.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata isu itu dibangkitkan Anggota Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya di Dewan Rakyat bagi mendapatkan penjelasan daripada beberapa pihak lain dan bukannya Lim semata-mata.

"Datuk Shabudin bertanya untuk mendapatkan jawapan daripada Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Penilaian dan Pembangunan Harta (JPPH) berhubung penjualan banglo yang didakwa murah berbanding harga pasaran.

"Beliau (Shabudin) tidak menyerang Lim secara peribadi sebaliknya ingin tahu dan mendapat penjelasan. Saya berpendapat ketua menteri juga harus tampil dan menjawab perkara itu," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Koon Yeow yang mendakwa isu pembelian banglo Lim dan kaitannya dengan tanah Taman Manggis adalah serangan peribadi.

Reezal Merican yang juga Anggota Parlimen Kepala Batas dan Timbalan Menteri Luar berkata Lim perlu tampil dan memberi penjelasan berhubung isu banglo itu kerana rakyat Pulau Pinang juga mahukan jawapan daripadanya.

"Bagi saya, perkara ini membangkitkan tiga perkara yang jelas perlu dijawab sendiri oleh Lim iaitu yang pertama apakah pembelian di bawah harga pasaran ini benar berlaku atau sebaliknya.

"Kedua secara tidak langsung, pembelian ini adalah suatu yang luar biasa dan perlukan penjelasan daripada pihak-pihak terlibat manakala yang terakhir apakah pembelian luar biasa ini mengikut undang-undang dan tidak mempunyai agenda lain," katanya.

Pada persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini, Shabudin yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang meminta JPPH membuat penilaian berhubung hartanah berharga RM2.8 juta yang dibeli Anggota Parlimen Bagan itu sedangkan nilai semasa rumah itu adalah lebih RM3 juta.


Shabudin turut meminta SPRM menyiasat dakwaan penjualan beberapa lot tanah di Pulau Pinang yang dikatakan asalnya diperuntukkan untuk pembinaan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

Artikel Lain