suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Seperti Ku Li, Dr Mahathir Perlu Hormati Suara Majoriti - Annuar Musa

Annuar Musa.

PETALING JAYA: Tan Sri Annuar Musa menafikan dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai Tengku Razaleigh Hamzah merancang untuk menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi mengubah pendirian kerana tidak mampu meraih sokongan yang mencukupi di kalangan Ahli Parlimen.

"Bukti yang jelas bahawa Dr Mahathir di sebalik semua ini. Beliau mungkin cuba menggunakan Tengku Razaleigh tetapi gagal, itulah sebab beliau tahu mengenainya," kata Annuar kepada The Star Online pada Sabtu.

"Jika dakwaan Dr Mahathir adalah benar dan ini menunjukkan Tengku Razaleigh seorang demokrat yang sebenar. Beliau menghormati suara majoriti," katanya.

Annuar yang juga Ketua Penerangan Umno menggesa Dr Mahathir supaya melakukan perkara yang sama dan menghormati suara majoriti dalam Umno.

"Beliau (Dr Mahathir) secara jelas tidak mendapat sokongan, jadi kita gesa beliau supaya hormati suara 22,000 Umno bahagian dan cawangan," kata Annuar.

Terdahulu pada Sabtu, Dr Mahathir mendakwa beliau bertemu dengan Tengku Razaleigh bagi membincangkan tentang undi tidak percaya terhadap Najib.

Bekas perdana menteri itu mendakwa Tengku Razaleigh yang merupakan Ahli Parlimen Gua Musang mengubah pendiriannya selepas menyedari tidak dapat memperoleh sokongan yang mencukupi di kalangan Ahli Parlimen di Parlimen.

Dr Mahathir berkata demikian bagi mengulas mengenai Tengku Razaleigh dan wakil rakyat Barisan Nasional baru-baru ini menandatangani Deklarasi Kelantan di negeri itu sebagai tanda sokongan tidak berbelah bahagi terhadap Najib.

Artikel Lain