suria

Saya Dan Almarhum Sultan Johor Kawan Baik - Dr M

Dr Mahathir Mohamad.

SHAH ALAM: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata walaupun mengawal kuasa Raja-Raja Melayu, beliau dan Almarhum Sultan Johor merupakan kawan baik.

"Salah seorang kawan baik saya adalah Almarhum Sultan Johor dan anda tahu, saya menukar undang-undang berkaitan serangan mana-mana sultan terhadap sesiapa sahaja, tetapi baginda merupakan rakan saya sehingga akhir hayatnya.

"Sepanjang pengalaman saya, saya bersahabat baik dengan semua sultan walaupun undang-undang yang saya perkenalkan," katanya ketika ditanya mengenai satu kenyataan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bahawa Kerabat Diraja Johor mempunyai hubungan baik dengan kerajaan pada hari ini.

Ketika Dr Mahathir memegang jawatan sebagai perdana menteri, beliau memperkenalkan undang-undang untuk mengawal kuasa Raja-Raja Melayu selepas dua insiden dakwaan serangan membabitkan keluarga Kerabat Diraja Johor.

Pada Khamis lalu, Tunku Ismail berkata beliau masih mengingati bagaimana layanan Kerajaan Persekutuan ke atas Istana Johor sewaktu krisis Perlembagaan pada tahun 1992.

Katanya, bonda beliau turut ditahan oleh Jabatan Kastam sewaktu kembali ke Johor dari Singapura dengan diarah melangkah keluar dari kenderaan kerana mereka mahu memeriksa kenderaan dengan terperinci.

Insiden serangan yang didakwa membabitkan Kerabat Diraja Johor itu menjadi titik tolak kepada permulaan krisis perlembagaan yang menyaksikan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan pada 1993 iaitu pelucutan kekebalan kuasa Raja-Raja Melayu.

Dr Mahathir, kuasa, Raja-Raja Melayu

Artikel Berikut

Artikel Lain