suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Masih Siasat Motif Kes Tembak Di Sepang

Lokasi kejadian pengawal peribadi seorang ahli perniagaan cedera parah selepas ditembak dua lelaki dalam serangan 'ala mafia' di bulatan berhampiran pekan Chaterfield, Pusat Komersial KLIA, Jumaat malam. Foto Bernama

SHAH ALAM: Polis Selangor masih menyiasat motif sebenar kes seorang pengawal peribadi ditembak dua lelaki, berhampiran pekan Chaterfield, Pusat Komersial KLIA di Sepang, Jumaat malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, siasatan motif kejadian itu merangkumi pelbagai aspek dan pihaknya tidak menolak sebarang kemungkinan.

"Mangsa juga tidak dapat memberi sebarang maklumat kerana masih dirawat selain berada dalam keadaan terkejut akibat kejadian malam tadi.

"Kita perlu memastikan keadaan mangsa betul-betul stabil dan selamat, baru kita akan mengambil keterangan lanjut daripada mangsa," katanya.

Dalam kejadian 8.45 malam itu, pengawal peribadi kepada ahli perniagaan cedera parah selepas ditembak dua lelaki yang menaiki kereta berasingan di bulatan berhampiran pekan Chaterfield.

Jurucakap polis berkata, pengawal peribadi berkenaan yang memandu kereta jenis Mercedes Benz, didatangi dua lelaki yang melepaskan beberapa das tembakan.

Berikutan kejadian itu, mangsa yang mengalami kecederaan serius pada bahagian belakang bahu kanan akibat terkena tiga das tembakan, dihantar ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut. - Bernama

Artikel Lain