suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Saya Tahu Penilaian Duti Setem Banglo RM4.2 Juta - Guan Eng

BATU PAHAT: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, beliau mengetahui penilaian duti setem banglonya di Jalan Pinhorn berjumlah RM4.2 juta.

Beliau berkata, semasa beliau menjemput media datang ke rumahnya untuk tinjauan selepas timbul kontroversi berkenaan, seorang wartawan bertanya sama ada beliau mengetahui tentang hartanah berkenaan bernilai RM6 juta seperti yang didakwa pemimpin-pemimpin Umno.

"Saya tahu penilaian rumah saya untuk duti setem adalah RM4.2 juta.

"Apa yang saya katakan ialah saya tidak tahu bagaimana pemimpin Umno nilaikan rumah saya pada RM6.1 juta kerana saya seorang ketua menteri, bukan ejen hartanah," katanya kepada pemberita sebelum menghadiri sesi dialog dengan ahli-ahli DAP Johor di sini, Sabtu.

Beliau mendakwa kontroversi mengenai pembelian banglonya sebagai cara Umno mengalihkan tumpuan daripada isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain