Anggota Polis Cedera Dipukul Penunggang Motosikal - Semasa | mStar

Anggota Polis Cedera Dipukul Penunggang Motosikal

Sum Chang Keong

IPOH: Seorang koperal polis cedera akibat dipukul seorang penunggang motosikal ketika menjalankan operasi sekatan jalan raya di Jalan Sultan Nazrin Shah, Isnin malam.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata,  dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, lelaki berkenaan bersama pemboncengnya, seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang menaiki motosikal Honda Wave dari arah Bulatan Sultan Yusuf dipercayai cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya. 

Beliau berkata anggota polis itu dipukul pada bahagian tangan oleh lelaki berusia 27 tahun itu.

"Suspek bertindak melompat daripada motosikalnya dan memukul anggota polis itu dengan menggunakan helmet di bahagian kepala sambil memaki hamun dengan mengeluarkan kata-kata kesat. 

Suspek turut menendang beberapa kali anggota polis itu sebelum ditahan dengan bantuan rakan setugas serta pengguna jalan raya," kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di Balai Polis Pasir Puteh, di sini, Selasa.

Sum berkata anggota polis itu mengalami bengkak di bahagian muka sebelah kanan, luka ringan di kaki serta tangan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.

Beliau berkata polis mengeluarkan saman ke atas penunggang terbabit kerana tiada lesen memandu serta memasuki laluan yang bertentangan. 

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 332 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap penjawat awam dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kesalahan Kecil 1955. -Bernama

Anggota Polis Dipukul

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain