Keluarga MH370 Sentiasa Dekat Di Hati Hishammuddin - Semasa | mStar

Keluarga MH370 Sentiasa Dekat Di Hati Hishammuddin

Hishammuddin Hussein.

LUMUT: "Hati saya bersama anda," kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang berkongsi perasaan dengan keluarga penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang sejak dua tahun lalu.

Hishamuddin yang memangku jawatan Menteri Pengangkutan ketika pesawat itu hilang, berharap semua keluarga yang terlibat, terus tabah dan bersabar.

"Saya sentiasa bersama keluarga ini, doa saya bersama anda.

"Ketika mengendalikan kehilangan pesawat itu, saya meletakkan kedudukan keluarga penumpang MH370 sebagai keutamaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Peletakan Lunas Kapal Littoral Combat Ships (LCS) Pertama di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia di sini, Selasa.

Mengenai operasi pencarian di selatan Lautan Hindi, Hishamuddin berkata misi di lokasi tersebut sebenarnya amat tepat berdasarkan kepada penemuan flaperon sepanjang dua meter Julai lalu di Pulau Reunion serta serpihan pesawat di Mozambique baru-baru ini.

"Kalau saya diletakkan dalam keadaan mereka (keluarga), saya juga akan tertanya-tanya sama ada siasatan yang dilakukan Australia, China dan Malaysia ini akan mendapat hasil yang diharapkan," katanya.

Pesawat Boeing 777 Penerbangan MH370 yang dalam penerbangan ke Beijing dengan 239 penumpang dan anak kapal hilang pada 8 Mac 2014, setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada tengah malamnya. - BERNAMA

MH370 , Hishammuddin Hussein , MAS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain