suria

Rakyat Malaysia Dipenjara Kerana Curi Cip Kasino S$1 Juta

SINGAPURA: Seorang rakyat Malaysia dijatuhi hukuman penjara 48 bulan oleh mahkamah bagi kesalahan mencuri cip kasino bernilai hampir S$1 juta (S$1=RM3) sebelum melarikan diri dari negara ini.

Channel NewsAsia melaporkan selain cip itu, Jackson Yeoh turut melarikan kunci sebuah kereta BMW, tiga keping kad kredit dan wang tunai S$9,100.

Yeoh ditahan di Malaysia selepas kira-kira lima bulan mencuri di Marina Bay Sands Casino pada September.

Menurut laporan itu, daripada jumlah S$910,600 yang dicurinya daripada seorang pesara warga Singapura berumur 71 tahun itu, sebanyak S$701,000 telah ditemukan semula.

Pihak pendakwa raya dipetik sebagai berkata cip itu akan dipulangkan kepada mangsa menerusi polis.

Apabila ditahan di Kuching, Sarawak, laporan itu menyatakan Yeoh mendakwa telah membuang kad kredit dan kunci kereta itu dan menggunakan wang tunai itu untuk berjudi dan perbelanjaan peribadi. - Bernama

Artikel Berikut

Harga RON95, RON97 Turun Lagi

Artikel Lain